Ibu Jual Rumah Zakat Anak Kandung

Beberapa tahun lepas, berlaku satu peristiwa dimana seorang penerima bantuan rumah datang ke pejabat mengadu masalah yang dihadapi antara beliau dan ibunya.

Beliau telah menerima rumah bantuan zakat yang dibina diatas tanah ibunya. Disebabkan berlakunya perselisihan faham diantara beliau dan ibunya, menyebabkan ibunya menjual tanah dan rumah yang didiami olehnya.

Sebahagian kisah ini merupakan salah satu daripada beberapa kisah yang berlaku dalam skim bantuan bina dan baiki rumah di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Ada juga kes dimana pemohon telah mendapat bantuan rumah daripada pihak lain, kemudian rumah tersebut dijual dan beliau datang memohon semula di LZNK. Apabila ditolak, pihak LZNK ditohmah makan gaji haram. Bukan satu kes, tetapi beberapa kes seumpama ini.

Ada juga peristiwa dimana penerima bantuan bergaduh dengan pihak kontraktor kerana mahu mengubah reka bentuk rumah bantuan mengikut cita rasa mereka sendiri, sedangkan perubahan tersebut melibatkan pertambahan kos melebihi had bantuan LZNK.

Menyantuni masyarakat adalah suatu yang agak rumit. Ada yang sanggup menipu dan menyembunyikan maklumat semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat. Tindakan tersebut menyebabkan orang yang benar-benar layak tidak mendapat hak mereka.

Dengan kutipan semasa bagi tahun 2017 sekitar RM 166 juta, agak sukar untuk LZNK membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Hasil kutipan bukannya milik asnaf fakir dan miskin sahaja, tetapi turut dibahagikan kepada lain-lain asnaf.

Oleh kerana agihan zakat berdasarkan kepada kutipan, maka kouta agihan perlu ditetapkan bagi setiap skim agihan yang diberikan seperti bantuan bulanan, bantuan sekaligus, bantuan rumah, bantuan pelajar miskin dan sebagainya.

Saringan perlu dilakukan bagi mengutamakan orang yang benar-benar layak dan lebih memerlukan.

Apabila ada yang berkata saya susah, tetapi ketahuilah dia adalah salah seorang yang susah daripada hampir puluhan ribu rakyat Kedah yang susah.

Ada juga keadaan dimana, permohonan pemohon bukannya ditolak, tetapi menunggu giliran kerana senarai menunggu sedia ada masih belum diselesaikan.

Impian kami adalah untuk membantu semua rakyat fakir dan miskin di Negeri Kedah untuk memiliki rumah. Tetapi impian tersebut tidak akan tercapai sekiranya kutipan zakat di Kedah masih lagi rendah dan tidak meningkat.

Hasrat ini juga tidak akan dapat dicapai selagi mana masih ada golongan yang berkempen supaya zakat jangan diberikan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, tetapi diberi sendiri kepada asnaf di depan mata. Tetapi apabila ada orang miskin, disuruhnya ke pejabat zakat.

Lebih dahsyat daripada itu lagi, ada yang berkempen supaya zakat diberi terus kepada asnaf tetapi yang berkata tersebut hanya membayar zakat fitrah kepada asnaf tetapi langsung tidak menunaikan zakat harta. Andai dibayar sekalipun, zakat yang dikeluarkan hanya berdasarkan agak-agak sahaja bukannya berdasarkan taksiran zakat yang tepat.

Diberinya duit zakat sebanyak RM100 kepada saudaranya tetapi dalam pada masa yang sama zakat wajib baginya adalah RM 5000. Baki lagi RM4900 tidak dikeluarkan kerana jahil yang menguasai diri. Tidak tahu berkenaan haul dan nisab serta kaedah pengiraan harta yang sebenar sehingga menyebabkan zakat yang ditunaikan tidak tepat.

Kalau kita berkempen supaya orang jangan bayar zakat kepada pejabat zakat, dikhuatiri kempen kita menyebabkan orang terlupa dan lalai sehingga langsung tidak melaksanakan tanggungjawab berzakat apabila cukup haul dan nisab.

Ketika itu, kita turut sama menyumbang dosa kerana kita yang mencipta persepsi negatif tersebut sehingga ada orang mengabaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Faisal Mustaffa

27 Februari 2018

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s