Permohonan Maaf Yang Di Rancang

Realiti hari ini, orang mudah melakukan sesuatu perkara kerana menganggap ianya akan dihalalkan dengan hanya perkataan “maaf”.

Teringat saya ketika bertanya pada seorang ustaz berkenaan dengan hutang. Apakah hukum seseorang yang berhutang dan berniat tidak mahu membayar hutang tersebut serta dengan azam apabila si mati meninggal dunia dia ingin memohon hutangnya dihalalkan. Jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut, “hukumnya berdosa”.

Situasinya mungkin berbeza, tetapi ianya sama dari sudut skrip jalan penceritaannya menceritakan tentang sikap masyarakat kita pada hari ini.

Apabila berlakunya “marketing gerila” berkaitan dengan perlancaran tudung disebuah kelab malam baru-baru ini, ianya adalah skrip yang dirancang. Perkara tersebut supaya ianya menjadi promosi percuma dan bualan masyarakat di media sosial.

Sang kapitalis bertepuk tangan.

Wah ulama telah bersuara, mufti juga bersuara. Apa yang kita lakukan menyebabkan hal ini viral di facebook, instagram, twitter, blog bahkan mungkin akan disiarkan di melodi. Mereka terlompat-lompat ketawa dan gembira dalam keadaan mereka memijak-mijak maruah Islam.

Skrip mereka diteruskan dimana mereka memohon maaf. Ketika itu cybertroopers akan mula menggunakan kekunci mereka untuk melakukan spin media. Agenda utama adalah untuk menyucikan si pelaku seolah-olah suci dan murni selepas “bertaubat” dengan kalimat maaf. Manakala golongan yang mengkritik diwajahkan sebagai orang yang ortodhoks dan tidak terbuka. Mainan lagu, sedangkan nabi ampunkan ummat apatah lagi kita orang biasa.

Kecelakaan apakah ini. Betullah kata Nabi S.A.W, diakhir zaman orang berbangga dengan dosa. Orang yang melakukan dosa dianggap betul dan orang yang menentang dosa adalah orang yang salah. Bahkan manusia berbondong-bondongan mempertahankan dosa yang mereka lakukan.

Mereka berbangga dan terus berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Nada dan gaya bahasa persis firaun ketika berhadapan Nabi Musa. Tak kurang juga persis Iblis tatkala diminta sujud kepada Nabi Adam A.S tanda ketaatan pada Allah. Terserlah nada angkuh dan sombong seolah-olah diri mereka sahaja yang betul.

“Ikut suka saya”, “Itu hak saya” dan sebagainya diungkapkan atas dasar hak kebebasan manusia. Spin media juga dilakukan oleh cyberptroopers untuk mewajahkan dirinya suci dan orang yang berbeza pandangan dengannya itulah iblis. Berhati kotor, hitam dan tidak punya akhlak.

Ya manusia bebas berkata-kata, tetapi sebebas mana pun mulut kita berkata-kata ingatlah kepada pencipta mulut kita yakni Allah. Setiap ungkapan itu ada nilaiannya disisi Allah.

Mereka lupa bahawa apa yang dilakukan tidak terpadam dengan hanya kalimah “maaf”. Jutaan manusia terhiris dengan tindakan tersebut. Andai manusia biasa terhiris, apatah agama Allah yang menjadi bahan mainan mereka.

Perkara yang dilakukan telah menjadi sebaran dan dibaca oleh jutaan manusia. Kefasadan yang ditunjukkan mungkin menjadi ikuti sebilangan anak muda dan ianya merupakan saham yang harus ditanggung oleh orang yang mula melakukannya.

Tidak mustahil selepas ini akan ada generasi yang melancarkan kopiah, jubah muslimah dan muslimin di Kelab Malam dengan alasan ianya adalah hak peribadi mereka untuk berniaga.

Tidak cukup dengan sekadar permohonan maaf. Lebih daripada itu adalah penyesalan terhadap apa yang dilakukan dan menarik balik segala bentuk kesilapan yang dilakukan.

Faisal Mustaffa

1 Februari 2018

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s