Kereta Untuk Bergerak Atau Bergaya?

“Tak berapa selesa la kereta ni. Tukar kereta baru boleh?”, kata seorang suami kepada isteri.

“Kereta elok lagi abang. Kita baru pakai lima tahun. Bayar pun belum habis. Cuba abang tengok orang sebelah tu. Bawa anak kecil naik motor saja. Dah la hujan.”, balas si isteri.

Suami tersenyap dan berfikir sendirian.

Dialog sebegini mungkin ada dan mungkin tiada. Tetapi ianya satu kisah yang menggambarkan kepada suasana masyarakat yang ada pada hari ini apabila kita berada diatas jalan raya.

Apabila kita berhenti dilampu isyarat, disana kita boleh melihat dan menilai secara kasar berkenaan dengan gaya hidup masyarakat kita.

Di atas jalan yang sama ada yang berkereta mewah dan ada yang berkereta biasa. Bahkan ada yang bermotorsikal atau tidak mempunyai kenderaan dan hanya mampu menaiki teksi atau grab.

Apabila termenung panjang ketika berhenti dilampu isyarat, ada sebahagian daripada kita yang mengambil peluang untuk menarik nafas dan memejamkan mata sebentar untuk melepas kepenatan. Ada yang bersembang dengan orang disebelah. Ada juga yang memerhati gelagat orang diluar dan ada juga yang memerhati jenis kereta dihadapan, kiri dan kanan.

Bagi yang memerhati kereta kiri dan kanan, lazimnya akan terdetik untuk memiliki kereta yang lebih elok dan cantik daripada kereta. Itu juga menjadi salah satu sebab mengapa dan kenapa seseorang itu menukar kereta selain daripada “hasutan” pihak ketiga.

Jika berkemampuan itu bukanlah suatu kesalahan. Apatah lagi jika mempunyai lebihan pendapatan untuk dibelanjakan. Menjadi keperluan untuk memiliki kereta yang selesa dan membina hidup yang lebih bermakna.

Tetapi sebilangan besar dalam kalangan kita terjerat dalam perangkap hutang kereta yang tidak bersesuaian dengan pendapatan.

Misalnya, pendapatan hanya mampu memiliki kereta Proton Persona, tetapi dibelinya kereta Toyota Altis atau Honda Civic.

Pendapatan hanya mampu memiliki kereta Toyota Camry atau Honda Accord, tetapi dibelinya kereta yang nilainya lebih daripada 300 ribu.

Alasannya kerana kepuasan ketika memegang stereng dan dilihat bergaya.

Jika emas menjadi perhiasan bagi wanita, kereta pulak lazimnya menjadi perhiasan bagi lelaki.

Sudah tentu status pemegang stereng kereta produa dan proton berbeza dengan pemegang stereng kereta Mercedes, Audi, BMW dan sebagainya.

Keinginan yang tidak pernah padam ini akan berkurang apabila kita merenung nikmat kereta yang kita naiki berbanding orang yang jauh lebih berkemampuan daripada kita.

Membeli kereta adalah untuk memudahkan kehidupan kita bergerak daripada titik A ke titik B. Tetapi apabila kita menukarkan tujuan membeli kereta semata-mata mahu membeli status hidup, maka “seluklah” poket dahulu untuk melihat isinya.

Jika mampu dan berminat untuk membeli kereta Toyota misalnya, belilah kereta Toyota yang bersesuaian dengan gaji kita. Jangan menempah bencana dengan membeli kereta yang diluar jangkauan pendapatan kita.

Jangan kerana mahu bergaya, kita terjatuh ke kancah kemiskinan apabila kita kehilangan punca pendapatan. Apatah lagi dalam pasca COVID 19 yang penuh mencabar ini.

Faisal Mustaffa

Alor Setar, Kedah

 

 

This entry was posted in Artikel, Kemiskinan, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s