Peranan Zakat Dalam Membantu Golongan Terjejas Sepanjang Tempoh COVID 19

Daripada 18 Mac 2020 sehingga hari ini, kita telah melalui 6 fasa perintah kawalan pergerakan. Fasa yang terkini adalah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Peralihan (PKPP) dimana menyaksikan pihak kerajaan melonggarkan sedikit pergerakan bagi tujuan memastikan aktiviti ekonomi dalam beberapa sektor khususnya melibatkan peniaga kecil boleh beroperasi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, trend menunjukkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa rakyat Malaysia majoriti memilih untuk untuk membeli barangan makanan berupa beras iaitu sebanya 92.1 peratus, barang basah dapur seperti ikan, ayam, daging, makanan laut untuk dimasak 91.5 peratus dan barangan keperluan masakan seperti bawang, gula garam dan lain-lain iaitu 87.7 peratus.

Dalam keadaan terdapat golongan yang mempunyai akses kepada makanan ini, dalam pada masa yang masa terdapat juga golongan yang jatuh ke dalam kategori “asnaf miskin situasi” dan tidak mampu untuk membeli bahan asas keperluan hidup seperti makanan kerana terputus sumber pendapatan. Bagi melengkapi agenda bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan ini, agensi zakat turut sama memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan mengikut keperluan dan kecukupan dana dinegeri masing-masing.

Antara bentuk agihan yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah agihan bekalan makanan sebanyak empat fasa dengan peruntukan sebanyak RM 11 juta bagi tujuan menambah agihan bekalan makanan di Pusat Bekalan Makanan masjid-masjid diseluruh Negeri Kedah.

Jika pada waktu kebiasaan, sebanyak 30 set bekalan makanan yang diberikan kepada setiap masjid dan memberi manfaat kepada lebih 17 ribu keluarga sebulan di 576 buah masjid di Negeri Kedah. Tetapi disepanjang tempoh COVID 19, jumlah agihan dipertingkatkan dimana Lembaga Zakat Negeri Kedah memperuntukkan sebanyak 1000 set bekalan makanan diagihkan dalam empat fasa bagi memastikan rakyat Negeri Kedah tidak terputus bekalan makanan. Keseluruhannya sebanyak 576,000 set bekalan makanan tambahan diagihkan bagi tujuan ini di Negeri Kedah.

Apabila berlakunya COVID 19, maka akan muncul “asnaf miskin situasi” ataupun mereka jatuh miskin hanya sementara disebabkan terputus mata pencarian sementara seperti yang dinyatakan oleh Prof Madya Dr Wan Amir Zal, Pengarah InsPEK UMK dalam penulisan beliau baru-baru ini. Disebabkan tiada wang simpanan mencukup menyebabkan mereka terpaksa bergantung harap bantuan daripada pihak kerajaan atau pun zakat bagi memastikan perut mereka terisi. Golongan inilah yang menjadi kelompok sasar untuk dibantu oleh institusi zakat berbanding keperluan lain yang dibantu melalui pakej ransangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Melalui bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan dan bantuan makanan yang diagihkan oleh institusi zakat di semua negeri dalam Malaysia dan NGO ianya dapat membantu golongan terjejas daripada kelaparan kerana terputus bekalan makanan. Kesepakatan inilah yang akan membawa kepada kejayaan kita untuk membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Faisal Mustaffa

This entry was posted in Artikel, Kemiskinan, Zakat. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s