Pendedahan Ilmu Media Dalam Kehidupan

“Jika kita boleh belajar sejarah dan matematik disekolah, kenapa kita tidak didedahkan denagn media. Kerana media sekarang berada dimana-mana dan digunakan oleh sesiapa sahaja”.

Pagi ini terbaca satu artikel penyelidikan yang membincangkan tentang literasi media. Literasi media secara umum bermaksud kemampuan untuk memahami dan menulis hal berkaitan dengan media. Manakala takrif lain yang lebih mendalam adalah kemampuan kemampuan seseorang individu itu untuk membaca, menulis, mengira, bercakap dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan media pada tahap yang tertinggi untuk diaplikasi dalam keluarga, masyarakat dan pekerjaan,

Berbanding dulu, kehidupan kita pada hari ini terikat dengan “media”. Boleh dikatakan 24 jam seharian kita hidup dengan media.

Dengan kemunculan media baharu seperti YouTube, Facebook, Instagram dan sebagainya menjadikan kita lebih dekat dengan media. Tambahan pula, medium meida baharu ini lebih mudah diakses melalui alat peranti seperti telefon bimbit, tab dan komputer menjadikan kita lebih mudah menerima dan menggunakannya.

Penerimaan dan penggunaan media ini tidak dinafikan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Dari sudut positif, pelbagai maklumat baharu dapat ditambah dan mempercepatkan urusan seharian kita.

Manakala dari aspek negatif, jika penggunaan media baharu tidak dapat dikawal ianya akan memberikan kesan yang negatif kepada emosi kita. Lambakan maklumat tidak diperlukan yang pelbagai menyebabkan kita sukar untuk membuat pertimbangan dalam menerima dan menggunakan maklumat yang ada.

Kita juga terdedah dengan scammer dan penjenayah siber yang mana pada bila-bila masa sahaja boleh memanipulasi kita bagi tujuan keuntungan mereka seperti penipuan kad kredit (carding), platform web dan blog palsu (phishing) serta email scam.

Lebih dahsyat lagi, ada dalam kalangan kita yang mengalami kerisauan (anxiety), kemurungan (depression) dan tekanan (stress) disebabkan maklumat-maklumat yang diterima di media tanpa tapisan atau dibuli dialam siber.

Mempelajari subjek media bukanlah untuk kita menjadi pakar dalam bidang media, tetapi ianya bagi tujuan kita mengenali apa dan bagaimana cara untuk kita menguruskannya dengan baik dalam kehidupan kita.

 

Faisal Mustaffa

Jitra, Kedah

This entry was posted in Media. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s