Kita Boleh Jika Kita Fikir Boleh

“Jika kita nak berjaya, kita mesti yakin kita yakin kita akan Berjaya. Fikirkan boleh walaupun orang lain kata tidak boleh”, nasihat seorang guru.

Untuk mencipta kejayaan atau meningkatkan prestasi diri, ianya mestilah bermula daripada pemikiran kita sendiri.

Berdasarkan kajian ahli psikologi, kita lebih cenderung untuk melakukan sesuatu jika kita percaya bahawa kita mampu untuk melakukannya.

Pernah dalam sejarah sukan balapan lari jarak sederhana 1500 meter, ramai pelari tidak yakin bahawa mereka mampu untuk membuat larian dibawah empat minit.
Sehinggalah munculnya Roger Bannister, seorang pelajar perubatan berusia 25 tahun yang juga merupakan pelari British yang cuba untuk mencapai sasaran berlari dibawah 4 minit dalam jarak 1500 meter. Dia yakin dan percaya bahawa dia mampu untuk melakukannya.

Bagi tujuan mencapai matlamat tersebut, dibantu oleh coach Roger Bannister melakukan perubahan strategi pada kaedah larian dan berlatih secara berterusan selama 2 bulan.
Akhirnya pada 5 Mei 1954, beliau berjaya memecahkan rekod dunia menjadi pelari pertama berjaya berlari dibawah 4 minit bagi acara balapan 1500 meter.

Selepas beliau berjaya mencapai sasaran berlari dibawah 4 minit, selepas itu mula muncul pelari-pelari yang berjaya berlari dibawah 4 minit. Mereka tidak menukar gaya larian mereka, tetapi pelari-pelari lain mengubah kepercayaan dan mencipta pemikiran baharu diminda mereka bahawa mereka mampu berlari dibawah 4 minit kerana Roger Bannister berjaya melakukannya.

Pada tahun yang sama beliau bersara daripada dunia sukan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya beliau sebagai seorang doktor perubatan.

Antara sumbangan besar beliau adalah berkaitan dengan autonomic nervous system (ANS) iaitu sistem kawalan diri yang sebahagian besarnya bertindak dibawah sedar dan ianya secara tidak langsung mengawal fungsi tubuh manusia. Hal ini juga boleh membawa kepada kecelaruan jiwa disebabkan perkara tersebut.

Mempercayai bahawa kita mampu melakukan sesuatu perkara, bukan bermakna kita akan mampu untuk mencapainya. Tetapi ianya akan membentuk pemikiran yang meresap ke dalam jiwa bahawa kita boleh untuk menghasilkannya dan tidak mengalah sebelum berusaha.

Inilah peranan seorang coach dimana membantu coachee untuk mengenal kekuatan diri sendiri untuk berfikiran dan bertindak lebih daripada apa yang mereka jangkakan. Membantu coachee untuk melihat sisi “blind spot” dalam mengejar apa yang mereka impikan.

Faisal Mustaffa

Jitra, Kedah

This entry was posted in Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s