Kepimpinan Adalah Visual

“Leadership adalah VISUAL”, sebut Tuan Faizul dalam satu sesi live beliau.
Saya terfikir. Merenung dan mentafsir berkaitan dengan istilah KEPIMPINAN ADALAH VISUAL.

Kemudian muncul dalam fikiran satu pepatah yang cukup popular iaitu “lisanul hal, afsahu min lisanul maqal”.

Iaitu apa yang ditunjukkan atau “diperkatakan” oleh tindakan kita lebih ampuh dan kuat berbanding apa yang diperkatakan oleh lidah kita.

Bagi seorang pemimpin, apa yang dilakukan oleh mereka diperhatikan dan dinilai oleh “surbodinate” atau orang bawahan.

Dalam kepimpinan keluarga, anak-anak memerhatikan apa yang dilakukan oleh ibu dan ayah. Sehingga keluar pepatah melayu, Bapa Borek, Anak Rintik.

Di pejabat, ketua juga sering diperhatikan kakitangan dibawah seliaan. Apa yang diperhatikan oleh mereka,itulah yang akan menjadi inspirasi kerja mereka sehingga cuba berusaha mencapai prestasi yang optimum dan terbaik.

Memetik kata-kata cerdik pandai, pemimpin adalah penjual impian dan harapan.
Apabila kita memimpin, kita mestilah memimpin dengan seribu satu impian dan harapan. Sentiasa berkongsi apakah impian dan harapan kita dalam membangunkan organisasi.

Secara tidak langsung apabila kita meletakkan sesuatu impian dan harapan serta berusaha ke arah itu, kakitangan kita secara tidak sedar mereka turut terinspirasi dengan apa yang kita lakukan.

Pesan akhir, “Action prove who someone is, word just prove who they want to be”.
Tindakan kita membuktikan siapa kita, tetapi perkataan hanya mampu menceritakan soal apa kita mahu jadi.

Apabila orang melihat orang berjaya, ramai yang bertanya bagaimana mahu mencapai kejayaan seperti yang dicapai oleh orang berjaya. Sebab itulah pesan pakar-pakar motivasi, untuk kita menjadi orang yang berjaya, mulakan dengan meniru tindakan orang yang berjaya.

Perhatikan apa yang mereka lakukan, tiru sesuai dengan keadaan kita. Baca buku kisah-kisah orang yang berjaya, kemudian tiru tindakan yang mereka lakukan berdasarkan kesesuaian kita.

Misalnya orang berjaya bangun seawal 5 pagi setiap hari, solat subuh, berzikir, bersenam, membaca, menulis matlamat, menulis perancangan harian dan sebagainya. Jika kita meniru tindakan orang yang berjaya ini, percayalah dalam tempoh 3-4 tahun kita akan nampak hasilnya.

Kita mula membina sifat-sifat orang yang berjaya dalam diri kita seterusnya tindakan kita juga dilihat sebagai tindakan orang berjaya.

Jom bertindak dengan nilai dan kebaikan kerana tindakan kita bukan sahaja dilihat secara visual oleh manusia, tetapi juga sentiasa dalam radar “visual” Allah SWT!

Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah
#motivasidiri
#coachingpersonal

This entry was posted in Artikel, Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s