Pemikiran Automatik

“Apabila kita sentiasa berfikir dan berimiginasi, kita akan mempunyai pemikiran automatik pada setiap masa”.

“Pemikiran automatik”, soal hati kecil saya apabila terbaca berkaitan dengan pemikiran automatik di dalam buku mengemudi emosi.

Ketika belajar dalam kelas sarjana sains kaunseling, kami pernah didedahkan dengan “automatic thought” ataupun pemikiran automatik ini.

Lazimnya didalam terapi, apabila kita sentiasa berfikir tentang masalah kita maka ianya akan menyebabkan kecelaruan emosi.

Tetapi, sebaliknya jika kita sentiasa sedar, berfikir dan berimiginasi tentang perkara yang positif dan baik, maka pemikiran kita akan sentiasa positif.

Dalam konteks membuat keputusan dalam pengurusan, bagaimana kita ingin menjadikan kaedah membuat keputusan yang tepat dan seimbang menjadi pemikiran automatik?

Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah kita mengambil suatu model didalam membuat keputusan untuk dijadikan asas atau landasan bagi tujuan membuat keputusan. Kemudiannya pada setiap pagi, kita tulis diatas buku catatan harian kita.

Antara paling mudah adalah model S.W.OT.
Setiap pagi sebaik selepas selesai solat subuh, cuba amalkan S.W.O.T diri secara bertulis.
Tulis apa kekuatan aku hari ini.

Apa kelemahan aku hari ini.
Apa peluang aku hari ini.
Apa ancaman kepada aku hari ini.

Apabila konsep SWOT telah sebati dengan diri kita, maka amat mudah untuk kita praktikkan kepada pertimbangan dalam membuat keputusan.

Misalnya apabila kita berhadapan dengan situasi perlu kepada keputusan, secara mudah kita akan cuba praktikan SWOT seperti berikut :

Apa kekuatan yang ada untuk menyelesaikan masalah ini?
Apa kelemahan yang ada untuk menyelesaikannya?
Apa peluang yang ada dalam masalah ini?
Apa ancaman yang ada dalam masalah ini?

Jika dipraktikkan dengan menulis secara harian, kaedah SWOT yang dilaksanakan secara sedar akan menyerap masuk dan menjadi pemikiran automatik kita dan menjadi pemikiran separa sedar.

Waktu itu, jika kita tidak menulis sekalipun otak kita akan memproses secara automatik maklumat yang diterima dan memproses secepat mungkin apakah keputusan yang boleh kita lakukan.

Kita lebih cepat menganalisis maklumat kerana sel otak kita bersambung dan tahu bagaimana mempertimbangkan maklumat yang masuk ke dalam otak kita.

Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah

This entry was posted in Artikel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s