Apabila Murid Bersedia, Guru Tiba

“Kita boleh menarik kuda masuk ke dalam air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda minum air”.

Ini adalah salah satu kata-kata yang menjentik hati saya setiap kali mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Md Joui.

Untuk melatih seseorang yang biasa-biasa kita mestilah memilih individu yang tepat untuk dilatih. Kerana jika pilihan kita salah, kita hanya akan membuang masa dan tenaga kerana orang yang ingin dilatih sendiri tidak mahu dirinya dilatih.

Perkara ini dikongsikan oleh pengasas syarikat Southwest Airlines, Herb Kelleher yang merupakan seorang tokoh dalam bidang penerbangan. Antara syarat utama mengambil dan mengekalkan pekerja dalam pasukan adalah sikap ghairah (passion) untuk bekerja. Kerana keghairahan melakukan tugas ini muncul daripada emosi dan akan membawa kepada kecemerlangan pasukan dalam organisasi.

Begitu juga apabila kita menghadiri kursus yang mana rata-rata peserta dicalonkan oleh unit sumber manusia masing-masing, kita akan nampak betapa banyaknya “kuda-kuda” yang dipaksa minum air dihadapan kita. Ada yang bersembang, ada main telefon bimbit, ada yang lena dan bahkan ada yang keluar ditengah-tengah kursus tanpa memunculkan lagi.

Berbanding kursus berbayar dan pesertanya hadir kerana pilihan sendiri. Kita akan melihat betapa energetiknya peserta didalam kursus tersebut.

Inilah mengapa dan kenapa, ketika menjalankan kursus dalaman diperingkat organisasi, saya lebih suka memilih jalan dibuat secara sukarela.

Pertama kerana mahu komitmen yang tinggi daripada kakitangan yang akan dilatih. Jika tidak kita yang akan berasa hati dengan peserta. Dicalon nama tidak hadir atau hadir sekadar suam-suam kuku sahaja.

Keduanya menjadi pernilaian penting dalam membentuk pasukan. Bahkan ianya juga menjadi asas pernilaian prestasi bagi tujuan kenaikkan pangkat seperti yang dicadangkan oleh Peter Drucker dan Jack Welch di dalam buku Kuasa Kepimpinan 4E.

Apabila kita berbelanja wang, tenaga, fikiran dan masa untuk membangunkan organisasi dan warga organisasi untuk menjadi pemimpin, kita mestilah betul-betul fokus kepada kekuatan yang ada seperti yang digariskan oleh Jhon C Maxwell yang ditulis oleh rakan sekerja saya, Cik Hartini baru-baru ini.

Di sekeliling kita, ada 25% individu yang berpotensi dan berkapasiti tinggi, 50% invididu biasa-biasa dan 25% adalah yang menolak atau tidak menerima apa yang kita lakukan.

Sebagai seorang pemimpin, fokus utama pembangunan adalah kepada kelompok 25% yang pertama. Kelompok 50% yang kedua ini juga diberi tumpuan dengan menyaring individu yang bersedia untuk melakukan perubahan, manakala 25% yang ketiga didekati agar mereka tidak merosakkan agenda perubahan yang dirancang.

Asasnya mudah, apabila murid bersedia, maka guru akan tiba.

Apabila latihan, panduan serta proses coaching dan mentoring dilakukan kepada orang yang benar-benar bersedia maka hasilnya kita akan lihat begitu luar biasa. Kita akan mencapai impian apa yang kita citakan dalam organisasi dengan cepat kerana kita membina “kuda-kuda” yang sememangnya sedang kehausan.

Kuda yang tidak mahu minum, samaada dibiarkan mati kehausan ataupun dilepaskan untuk membawa haluan sendiri mencari sumber air baharu untuk minum kerana itu pilihan mereka.

Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah

This entry was posted in Artikel, Minda Penulis, Motivasi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s