Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Hilang Pendapatan kerana PKPB

Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Hilang Pendapatan kerana PKPB

Bantuan kepada guru di Sekolah Agama Rakyat (SAR) perlu dipertimbangkan memandangkan sebahagian daripada mereka tidak dibayar gaji dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan kegagalan ramai ibu bapa menjelaskan yuran persekolahan.

Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Pelajar Asnaf Kedah, Dr Mohd Faisal Mustaffa, berkata ini menyukarkan guru SAR menjalankan kelas secara dalam talian kerana sumber kewangan mereka turut terjejas.

“Apabila berlaku PKP, bukan sekadar pelajar bermasalah tetapi guru di SAR juga menghadapi kesukaran untuk melaksanakan kelas dalam talian.

“Kekangan dihadapi mereka bukan hanya terhad kepada capaian internet, tetap ketiadaan punca pendapatan disebabkan tidak mendapat gaji sepanjang tempoh PKP berlangsung sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Faisal berkata, bantuan sama ada oleh pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan amat diperlukan mengambil kira pelbagai faktor termasuk gaji mereka yang lebih kecil.

“Selain bantuan dan inisiatif kepada pelajar untuk mendapat akses yang baik bagi tujuan pembelajaran dalam talian, kemudahan ini juga mungkin perlu dikembangkan kepada guru yang menyumbang khidmat bakti di SAR.

“Kekangan kewangan dihadapi ini menyebabkan mereka tidak mampu melanggan data dan menyediakan peralatan bagi tujuan pembelajaran dalam talian,” katanya.

Tambahnya, di peringkat Lembaga Zakat Negeri Kedah, baru-baru ini sedikit peruntukan secara sekali bayaran diberikan kepada guru SAR bagi mengurangkan beban ditanggung sebahagian kumpulan pendidik berkenaan.
Beliau berkata, keprihatinan terhadap isu kewangan dihadapi oleh golongan guru perlu dilihat kerana mereka adalah tunjang dalam sektor pendidikan.

“Wabak COVID-19 ini memberikan kesan cukup besar dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan.

“Dalam pendidikan, dua aspek terpenting di sekolah adalah guru dan murid. Tanpa guru, proses pembelajaran tidak akan berjalan, begitu juga sebaliknya.

“Saya terfikir, tidak mustahil jika tempoh COVID-19 berterusan dari tahun ke tahun, pembelajaran dari rumah akan berkembang pesat dan ia akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat daripada kelas atas iaitu T20 dan menengah atas (M40 atas iaitu M1 dan M2),” katanya.

Berita penuh :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/752851/bantuan-pada-guru-sar-perlu-dipertimbangkan?fbclid=IwAR3c5jHY-DNAp9cO4P8FBJWIAgiQ3wGo7BvhwgOsLyEAP5kTgZU59_a13TI

This entry was posted in Artikel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s