PKP DAN GURU SAR

“Bila PKP ni bukan sekadar pelajar bermasalah. Kami sebagai guru di sekolah agama rakyat pun masalah nak buat kelas online”, luah seorang teman.

“Kenapa tu ustaz”, tanya saya.

“Ya la ustaz. Ada sekolah yang tak mampu bayar gaji guru sebab pelajar tak bayar yuran. Sudahlah gaji kecik, tak dapat gaji pulak”, tambah beliau lagi.

Saya menarik nafas dalam-dalam.

Wabak COVID 19 yang melanda dunia boleh dikatakan merubah kehidupan kita secara menyeluruh. Fenomena yang dikenali sebagai norma baharu ini sememangnya luar biasa dan memberikan kesan yang cukup besar dalam pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan.

Dalam dunia pendidikan, dua aspek yang terpenting dalam dunia pendidikan di sekolah adalah guru dan murid. Tanpa guru, maka proses pembelajaran dan pendidikan tidak akan berjalan. Begitu juga sebaliknya. 

COVID 19 menukar gaya pembelajaran daripada cara bersemuka kepada secara atas talian. 

Saya terfikir, tidak mustahil jika tempoh COVID 19 berterusan dari tahun ke tahun, pembelajaran dari rumah akan berkembang pesat dan ianya akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat daripada kelas atas (T20) dan menengah atas (M40 atas iaitu M1 dan M2). 

Selain daripada cabaran akses kepada kepada internet bagi tujuan online learning, masalah ini juga turut dihadapi oleh sebahagian guru di sekolah swasta khususnya sekolah agama rakyat. 

Kekangan akses kepada internet yang bukan hanya terhad kepada capaian internet, tetapi keputusan wang disebabkan tidak mendapat gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung sehingga kini.

Disebabkan perkara tersebut, mereka tidak mampu melanggan data dan menyediakan peralatan bagi tujuan pembelajaran secara atas talian.

Tempoh PKP yang cukup mencabar ini, bukan sahaja memberi impak kepada sektor pelancongan, perniagaan tetapi juga kepada sektor pendidikan khususnya sekolah agama rakyat.

Selain daripada bantuan dan inisiatif kepada para pelajar untuk mendapat akses yang baik bagi tujuan pembelajaran secara atas talian, kemudahan ini juga mungkin perlu dikembangkan kepada guru-guru yang menyumbang khidmat bakti di sekolah agama rakyat samada melalui inisiatif kerajaan, badan NGO mahupun individu perseorangan.

Di peringkat Lembaga Zakat Negeri Kedah, sedikit peruntukan secara one off diberikan kepada guru-guru SAR baru-baru ini. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh sebahagian dalam kalangan mereka.

Semoga Allah mempermudahkan urusan guru-guru yang mengalami kesulitan kewangan sepanjang tempoh mencabar COVID 19 ini. 

Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah

This entry was posted in Artikel. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s