PSMCK MEDIUM CINTAI SEJARAH

“Kami orang luar Kedah boleh join PSMCK tak. Saya orang Penang?”, mesej seorang rakan Facebook.

“Boleh. Ada seorang AJK PSMCK orang Penang. Ada juga ahli diluar Kedah”, balas saya.

PSMCK merupakan singkatan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Pertubuhan induknya adalah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yang beribu pejabat di Lembah Klang. Setiap Cawangan bergerak atas perlembagaannya yang diasaskan kepada Perlembagaan induk PSM dalam melaksanakan aktiviti warisan di peringkat negeri, menjadi perujuk sejarah tempatan dan menghasilkan terbitan sendiri termasuk PSMCK.

Penaung kepada PSMCK adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Manakala Penasihat Kehormat adalah Dato’ Paduka (Dr) Wan Shamsuddin Bin Yusof.

Dibawah kepimpinan Dr Ibrahim Bin Bakar, Pengerusi PSMCK yang juga merupakan seorang doktor perubatan, penulis dan pengkaji sejarah serta Pengerusi Mas Dinar Malaysia bersama dengan ahli jawatankuasa PSMCK sesi ini, PSMCK cuba untuk bergerak secara lebih insklusif dengan menarik lebih ramai ahli bagi tujuan bersoladiriti mengangkat martabat dan sejarah negara amnya dan Negeri Kedah khususnya.

Memetik kata-kata Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Bristish di Tanah Melayu dalam perasmian PSM pada tahun 1953 di Kuala Lumpur :

“PSM merupakan satu usaha untuk menggembeling semua bangsa di Malaya ini untuk menjadi satu rupa bangsa yang tunggal bagi menghadapi masa dan destini zaman menghadapi kemerdekaan.

Kesedaran bahawa kurang sekali pengetahuan mengenai perjuangan dan pencapaian generasi awal di kalangan anak-anak muda dan ini adalah kesalahan generasi tua juga yang tidak menanamkan semangat dan tidak memberi petunjuk kepada generasi muda tentang tradisi serta pencapaian rakyatnya.

Ini bukan Persatuan untuk pemerintah, golongan berpendidikan, bangsawan atau golongan tertentu. Persatuan ini untuk semua orang. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk menyumbang kepadanya”.

Jom kita sertai Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Bukan semata-mata untuk kita berprogram, tetapi ianya adalah ruang dan peluang untuk kita membina jaringan serta bersoladiriti mengangkat sejarah tanah air yang kita diami sekarang.

Walaupun kita tidak mampu mencipta sejarah yang terpahat dalam catatan dunia atau negara, sekurang-kurangnya biarlah nama kita tercatat sebagai ahli persatuan sejarah! Kerana itu juga adalah sejarah buat diri kita. 

Jika kita anak Kedah diluar Kedah, jom update sejarah Kedah untuk terus kekal kita ingat kepada negeri jelapang padi ini.

Selain daripada Bola Sepak, persatuan sejarah adalah medium alternatif untuk kita memberi sokongan dan idea untuk membangunkan negeri Kedah.

Untuk mendaftar sebagai ahli PSCMK jom klik :

https://forms.gle/5ojSjrtaMzhCv7RT6

Untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik :

https://t.me/joinchat/AC2TNB0jPGGmlpw5DKOFWQ

Mohd Faisal Mustaffa
Pemangku Setiausaha Kehormat
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah

This entry was posted in Artikel, PSMCK. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s