Berita Harian, 24 November 2020
PERKASAKAN JARINGAN INTERNET DIKAWASAN LUAR BANDAR UNTUK MASA DEPAN NEGARA
Dalam mendepani dunia berasaskan kepada digital, golongan yang boleh dikatakan berada didalam lubuk emas adalah golongan yang berada dikawasan yang mempunyai prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi.
Hal demikian kerana, dalam tempoh wabak COVID 19 melanda dunia, hampir sebahagian besar urusan seharian mengoptimakan penggunaan teknologi. Namun begitu, situasi ini hanya berlaku dikawasan yang mempunyai capaian internet yang baik. Sebaliknya bagi golongan yang berada dikawasan diluar liputan atau internet berkelajuan rendah mereka akan ketinggalan.
Golongan yang menerima impak paling tinggi antaranya golongan pelajar. Oleh kerana pembelajaran berubah kepada atas talian, dianggarkan lebih 30% daripada jumlah pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran disebabkan tidak mempunyai kemudahan keadaan bagi tujuan melayari internet seperti yang dilaporkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempercepatkan tender projek fasa pertama Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dilihat sebagai langkah proaktif bagi menangani masalah ini. bernilai lebih daripada RM 4.6 billion ini dijangka memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar dimana 78.75 peratus bersamaan 1,308 lokasi pencawang baharu yang akan dibina terletak diluar bandar.
Penyediaan akses jalur lebar berkelajuan tinggi ini dilihat menjadi agenda terpenting dalam mendepani ekonomi berasaskan digital dibawah agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Semoga inisiatif ini juga dapat membantu mendekatkan lagi jurang diantara masyarakat diluar bandar dengan masyarakat bandar dalam agenda memperkasa ekonomi serta keterangkuman antara wilayah diseluruh negara berjalan dengan jayanya.
Agenda ini juga akan menyelamatkan generasi muda luar bandar daripada tercicir dalam arus kemajuan negara mendepani dunia berasaskan digital.
Mohd Faisal Mustaffa
Pengarah
Pusat Kajian Kemiskinan & Pembangunan Pelajar Asnaf Kedah