Wakaf Unit Amanah Bangunkan Ekonomi Ummah

Diterbitkan oleh Berita Harian pada 27 November 2020 (Jumaat) diruangan komentar.

Oleh : Mohd Faisal Mustaffa

Wakaf merupakan salah satu istrumen yang cukup penting dalam perkembangan ekonomi ummah sejak zaman Baginda Nabi SAW. Melalui sistem wakaf, Baginda Nabi SAW membina kekuatan ekonomi umat Islam di Madinah sehingga meruntuhkan sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah pada ketika itu.

Mendepani dunia berasaskan ekonomi berasaskan digital pada masa kini, sektor wakaf juga perlu diinovasi selari dengan perkembangan dunia semasa. Bagaimana wakaf yang berlaku secara kesedaran individu pada masa dulu, kini perlukan sokongan pelbagai sektor termasuk korporat bagi menjadi pemangkin kepada perkembangan wakaf.

Berikutan pengumuman Menteri Kewangan, YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz dalam bajet 2021 baru-baru ini berkenaan dengan program wakaf Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilihat sebagai salah satu inisiatif baharu yang cukup releven dalam suasana pada hari ini.

Melalui platform Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), kesediaan pihak PNB dalam menyedia ruang kepada para pelabur dalam kalangan umat Islam yang ingin mewakafkan sebahagian daripada unit pelaburan mereka, dilihat sebagai satu langkah ke depan oleh pihak PNB dalam menjayakan agenda tanggungajawab sosial korporat mereka (CSR).

Berdasarkan laporan, ASNB kini menguruskan 14 dana unit amanah dengan unit dalam edaran berjumlah 254.6 bilion unit yang dilanggan oleh 14.28 juta akaun setakat 31 Disember 2019.

Cuba bayangkan jika terdapat kesedaran dalam kalangan pelabur dimana daripada jumlah keseluruhan yang diwakafkan adalah 1% daripada jumlah tersebut, maka jumlah yang terkumpul adalah RM 2.546 juta. Dalam tempoh 10 tahun, dana terkumpul bagi tujuan pembangunan wakaf berpotensix mencecah lebih daripada RM 25 juta ringgit.

Melalui insentif pengecualian cukai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pewakaf ini, ianya dilihat dapat menarik lebih ramai golongan dermawan yang berpendapatan tinggi khususnya dalam kalangan golongan T20 dan juga sebahagian M40. Perkongsian ini juga dilihat mampu untuk memperbanyakkan dana bantuan selain daripada dana zakat, baitulmal dan sebagainya untuk disalurkan dan membangunkan golongan B40 khususnya fakir dan miskin.

Inisiatif ini juga dilihat dapat menyokong agenda merapatkan jurang antara kaum dan wilayah yang juga menjadi agenda utama penubuhan PNB untuk meningkatkan ekuiti pemilikan bumiputera dalam sektor perlaburan.

Jika kesedaran dalam kalangan pelabur meningkat untuk mewakafkan sebahagian daripada simpanan atau dividen keuntungan pelaburan mereka, melalui dana yang terkumpul ianya mampu untuk membangunkan ekonomi melalui projek-projek berimpak tinggi untuk memanfaatkan ummah khususnya dalam mendepani krisis yang berterusan disebabkan pandemik COVID 19.

Jika ditinjau dari sudut manfaat, program berasaskan wakaf ini lebih pelbagai dan memberikan impak yang luas berbanding dengan zakat. Hal demikian kerana agihan zakat terhad kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu, tetapi melalui program wakaf ianya lebih terbuka dan tidak terhad kepada penerima tertentu.

Sesuai dengan hasrat mempermudahkan pewakaf menyalurkan wakaf unit amanah mereka untuk program kebaikan masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Zulqarnain Onn, Presiden / Ketua Eksekutif Kumpulan PNB. Konsep tersebut bersesuaian dengan konsep “maslahah ammah” atau kemaslahatan awam yang menjadi asas kepada pertimbangan sesuatu dasar yang dilaksana dalam pentadbiran sesebuah negara atau institusi.

Jika secara tradisi wakaf sinonim dengan wakaf tanah kubur, wakaf masjid dan surau, sekolah agama, diharapkan pembangunan wakaf yang bakal dibina hasil wakaf unit amanah ini juga berinovasi dalam mendepani dunia berasaskan teknologi dan ekonomi digital hari ini.

Langkah inovasi ini juga akan terus membuka kepada ijtihad-ijtihad baharu dalam dunia wakaf yang membawa kepada perdebatan ilmiah dalam kalangan agamawan dan ahli akademik yang turut memberi impak positif terhadap perkembangan ilmu. Program ini juga mampu menjadikan Malaysia sebab pusat rujukan wakaf dunia dibawah program Pelan Induk Wakaf Nasional yang diumumkan baru-baru ini.

Semoga langkah proaktif ini juga akan membolehkan agenda wakaf terus menjadi perhatian dan sebutan umat Islam khususnya golongan kaya di negara kita, untuk memastikan kehidupan golongan miskin terus terbela.

Sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al Hasyr ayat 7 :

Apa saja harta yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.

Diharapkan langkah proaktif daripada PNB ini menjadi model kepada institusi pengurus dana unit amanah lain dinegara kita untuk memperkenalkan konsep wakaf seperti yang diperkenalkan oleh PNB ini.

Inovasi sosial ini diharapkan dapat memastikan agihan kekayaan dapat diagihkan secara saksama seterusnya menjayakan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2020 (WKB 2030) ke arah negara yang lebih sejahtera.

Mohd Faisal Mustaffa merupakan Pengarah, Pusat Kajian Kemiskinan & Pembangunan Pelajar Asnaf Kedah, Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah

This entry was posted in Artikel, Media. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s